Jenama Creative Kembali Ke Pasaran Malaysia Dengan Lima Produk Audio Baru

Jenama Creative Kembali Ke Pasaran Malaysia Dengan Lima Produk Audio Baru

Diterbitkan pada November 27, 2017 oleh .

Bagi mereka yang meminati kad audio dan pemain MP3 pada akhir dekad 90an, jenama Creative amat sinonim dengan dua produk ini. Creative Soundblaster ialah komponen PC yang dianggap perlu bagi mendapatkan audio yang baik manakala pemain MP3 Creative amat popular sebelum kemunculan iPod. Jenama ini menghilang selama beberapa tahun dan kini telah kembali semula ke pasaran Malaysia.

Sempena kemunculan semula ini, Creative Technology melancarkan lima produk audio untuk pengguna tempatan. Lima produk tersebut ialah soundbar Creative Sound BlasterX Katana, Creative MUVO 2c, Creative Outlier Sports, Creative iRoad Go dan Creative NUNO micro.

Creative Sound Blaster X Katana ialah soundbar dengan sokongan sistem lampu RGB yang menyokong sistem audio Dolby Digital 5.1. Apabila dipasang pada PC, ia boleh berfungsi sebagai kad audio 24-bit beresolusi tinggi. Terdapat lima pemacu audio digunakan dengan saiz 2.5″, 1.3 dan 5.25″. Keseluruhan sistem ini mempunyai kuasa 75W RMS. Pembesar suara ini dijual pada harga RM 1299.

Creative Outlier Sports  pula ialah fon telinga dengan kemampuan kalis air IPX4. Ia boleh ditambat kepada peranti menggunakan secara Bluetooth dengan sokongan aptX bagi memberikan kualiti audio terbaik. Fon telinga untuk kegunaan pengguna aktif ini dijual pada harga RM 299.

Creative iRoar Go pula ialah pembesar suara mudah alih kalis air IPX6 yang juga merangkap sebagai sebuah power bank. Bateri sebesar 5200 mAh yang digunakan mampu memberikan tempoh operasi sehingga 12 jam. Seperti Soun Blaster X Katana, iRoad Go juga dilengkapi dengan lima pemacu audio. Bagi yang berminat iRoar Go dijual pada harga RM 849.

Seterusnya ialah Creative MUVO 2c, sebuah pembesar suara Bluetooth kalis air dengan pemain MP32 terbina. Ia mempunyai ketahanan air dan debu IP66. Dengan skali caj pembesar suara ini boleh beroperasi sehingga enam jam. Ia dijual pada harga RM 199 dengan empat pilihan warna iaitu hitam, biru, merah dan hijau.

Akhir sekali ialah Creative NUNO micro sebuah pembesar suara berbentuk kiub. Ia bersaiz kecil dan hanya sebesar 180g. Ia menyokong tambatan Bluetooth dan boleh digunakan sebagai pembesar suara panggilan telefon. Dengan sekali caj ia boleh beroperasi selama empat jam. Saiznya yang kecil ini berpadanan dengan harga jualannya iaitu RM 99.


TIPS & ULASAN