Permainan yang menjadi kegilaan di pejabat Amanz selepas habisnya waktu bekerja pada waktu ini ialah PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG. Corak permainan Battle Royale yang diketengahkan oleh PUBG berjaya menarik jutaan pemain walaupun ia masih lagi dalam versi Steam Early Access. Bagi mereka yang tidak mempunyai PC yang berkuasa untuk memainkan PUBG, versi permua sedang dibangunkan bagi memberikan kemampuan bermain secara mudah alih.
Ini adalah menurut laporan media China hari ini. PUBG versi permua akan dibangunkan oleh Bluehole dan Tencent secara bersama. Buat masa ini versi permua ini hanya disahkan untuk pemain di Tanah Besar China. Pihak Bluhole menjanjikan versi ini akan dioptimasikan untuk kawalan menggunakan peranti mudah alih. Tarikh pelancarannya masih belum dikongsi dan hanya akan diberitahu di masa akan datang.