Adakah Anda Akan Berminat Dengan Telefon Edisi Khas YouTube?

Adakah Anda Akan Berminat Dengan Telefon Edisi Khas YouTube?

Diterbitkan pada November 28, 2017 oleh .

Google sering melakukan pelbagai kajian dan bancian untuk lebih memahami pengguna dan permintaan. Terkini, Google dilihat membuat bancian dan bertanyakan mengenai penerimaan pengguna untuk sebuah telefon pintar edisi khas YouTube – yang mana menawarkan pengoptimasian khas dari segi perisian dan perkakasan untuk YouTube.

Melalui bancian berkenaan yang ditemui oleh Android Authority, ia menyertakan beberapa persoalan yang turut menerangkan kemungkinan ciri-ciri yang disertakan. Termasuk salah satunya adalah YouTwist yang membolehkan anda pusingkan peranti anda secara melintang dan mengakses sejumlah kandungan YouTube untuk ditonton secara serta merta. Disamping itu, ia turut dikatakan menyertakan akses pantas untuk merakamkan video untuk YouTube.

Pada skrin utama telefon edisi khas ini juga, ia diperlihatkan mungkin menyertakan sokongan seumpama Instagram Stories dinamakan Creator Connect.

Telefon YouTube

Bancian sama memperlihatkan yang mana telefon edisi YouTube ini mungkin menawarkan data 10GB secara bulanan sebulan, selain menawarkan peranti berspesifikasi pertengahan.

Seperti biasa, perkara ini sekadar info daripada bancian sahaja – dan tidak semestinya Google membangunkan telefon pintar berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda akan berminat dengan telefon pintar edisi khusus untuk YouTube?


TIPS & ULASAN