Rekaan Samsung Galaxy A7 (2018) Dan Galaxy A5 (2018) Tertiris

Rekaan Samsung Galaxy A7 (2018) Dan Galaxy A5 (2018) Tertiris

Diterbitkan pada November 28, 2017 oleh .

Hanya minggu lalu rekaan peranti yang dikatakan Samsung Galaxy A (2018) tertiris melalui imej pengolokan pengeluar kerangka. Hari ini dua imej pengolokan untuk Samsung Galaxy A7 (2018) dan A5 (2018) tertiris sekali lagi menerusi pengeluar kerangka.

Seperti model tahun ini, tiada perbezaan dari segi rekaan boleh dilihat di antara kedua-dua model. Hanya saiz skrin akan membezakannya. Skrin nirbingkai Infinity Display digunakan pada peranti Galaxy A (2018) bersama dengan butang Bixby serta pembesar suara pada sisi sebelah kanan. Pengimbas cap jari terletak pada bahagian bawah lensa kamera yang jelas lebih mudah diakses berbanding yang ditemui pada Galaxy S8. Peranti-peranti ini dipercayai akan dilancarkan awal tahun hadapan.


TIPS & ULASAN