Cari @ Amanz

Trend yang dilihat sejak setahun yang lalu ialah telefon pintar yang tidak lagi dilengkapi dengan bicu audio 3.5mm. Apple memberikan alasan ia I/O yang sudah berusia dan sambungan secara Lightning atau Bluetooth akan memberikan kualiti audio yang baik. Razer Phone ialah sebuah lagu peranti yang dilancarkan tanpa bicu audio.

Menurut CEO Razer Min Liang Tan, ini dilakukan bagi meningkatkan kapasiti bateri serta sistem penyejukan peranti yang lebih baik. Kapasiti bateri dipertingkat sebanyak 500 mAh dengan menggunakan hanya port USB-C sebagai output peranti. Dengan pelancaran fon telinga Razer Hammerhead dan Hammerhead BT,  peminat Razer tidak akan mempunyai masalah mencari aksesori audio yang sesuai dengan peranti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd