Masa Penghantaran Membeli iPhone X Di Malaysia Kini Meningkat Ke Dua Minggu

Masa Penghantaran Membeli iPhone X Di Malaysia Kini Meningkat Ke Dua Minggu

Diterbitkan pada November 28, 2017 oleh .

Semasa dilancarkan minggu lalu, masa penghantaran selepas membeli sebuah iPhone X di Malaysia mengambil masa satu sehingga tiga hari. Ini meletakkan negara kita sebagai antara negara dengan masa penghantaran terpendek. Bagi yang terlepas membelinya, anda kini perlu menanti lebih lama sebelum peranti dibeli tiba di tangan.

Masa penghantaran di Malaysia kini telah meningkat dengan mendadak dengan anggaran 1-2 minggu sebelum tiba ke pembeli. Tempoh penghantaran ini berpadanan dengan pasaran-pasaran lain di dunia. Apple dilaporkan mengeluarkan sehingga 500,000 iPhone X sehari bagi memenuhi permintaan pasaran. Pada minggu-minggu awal pelancaran, mereka hanya mengeluarkan sehingga 150,000 unit sehari.

Masa penghantaran yang lama ini ialah petanda permintaan lebih tinggi dari penawaran. Ini semestinya berita baik bagi Apple selepas jualan iPhone 8 yang agak lesu.


TIPS & ULASAN