Facebook Menggunakan Kecerdasan Buatan Bagi Mengesan Pengguna Yang Mempunyai Potensi Membunuh Diri

Facebook Menggunakan Kecerdasan Buatan Bagi Mengesan Pengguna Yang Mempunyai Potensi Membunuh Diri

Diterbitkan pada November 28, 2017 oleh .

Kajian sains mendapati media sosial boleh membawakan kesan negatif terhadap individu yang mempunyai masalah mental. Ini telah menyebabkan berlakunya banyak kes insan menstrim aksi membunuh diri mereka ke media sosial. Facebook menerima tempelak yang paling besar kerana kekerapan ia berlaku di kalangan penggunanya. Untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi pelbagai sistem diperkenalkan oleh mereka bagi menyelamatkan nyawa insan yang kemurungan.

Facebook baru sahaja mengumumkan penggunaan kecerdasan buatan bagi mengesan status insan yang berisiko mahu membunuh diri. Apabila ia mengesan kata kunci berunsur membunuh diri, sistem ini akan menghubungkan pengguna kepada insan yang boleh membantu.Ia mampu mengesan mesej pada status dimuat naik dan juga video Facebook Live.

Antara kata kunci yang dicari sistem ialah “are you ok?” dan “can I help?” yang dimuat naik oleh rakan taulan. Sistem ini akan memulakan operasi di Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke seluruh dunia kecuali Eropah.

Sebelum ini pengguna lain perlu melaporkannya secara manual sebelum Facebook bertindak. Kecerdasan buatan seperti ini membantu menyelamatkan nyawa manusia. Berbeza sekali dengan paparan fiksyen sains di mana kecerdasan buatan menyebabkan kepupusan spesis manusia.


TIPS & ULASAN