Cari @ Amanz

Asus sebelum ini telah memperkenalkan telefon pintar dengan rekaan hampir nirbingkai untuk pasaran China, dikenali dengan nama Pegasus 4S. Kini, ia dilihat peranti berkenaan turut akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Nama peranti ini untuk pasaran tempatan masih belum tidak diketahui lagi. Tetapi ia telah pun melepasi pengesahan Sirim dengan nama kod ZB570TL.

Asus Pegasus 4S hadir dengan skrin 5.7-inci dengan nisbah 18:9, dijana menggunakan cip MediaTek MT6750T, memori sehingga 4GB RAM, dan menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16+8 MP, selain kamera hadapan 8MP.

Asus Malaysia dijangka melancarkan sekitar bulan Disember 2017 ini, atau pada awal Januari 2018 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd