Permintaan Set Realiti-Maya Memperlihatkan Peningkatan – Sony Mendahului Pengeluar Lain

Permintaan Set Realiti-Maya Memperlihatkan Peningkatan – Sony Mendahului Pengeluar Lain

Diterbitkan pada November 28, 2017 oleh .

Canalys, salah satu badan yang membuat analisa dan kajian, kini telah mengeluarkan data mereka berkaitan dengan penjualan peranti set realiti-maya.

Menurut Canalys, suku ketiga 2017 memperlihatkan peningkatan positif, dan buat pertama kalinya pengeluaran set realiti-maya melebihi angka 1 juta unit pada sesuatu suku.

Dari segi jenama yang dijual, ia didahului oleh Sony melalui PlayStation VR, diikuti Oculus, dan pada tempat ketiga adalah HTC dengan HTC Vive.

Canalys VR

Sony sahaja dikatakan telah mengeluarkan sekitar 490,000 PlayStation VR pada suku ketiga 2017 yang lepas.

Canalys menyasarkan permintaan set realiti-maya atau realiti-gabungan ini akan terus meningkat pada bulan-bulan akan datang – apatah lagi dengan penyertaan pihak Microsoft dan pelbagai pengeluar lain menggunakan Windows Mixed Reality Platform.

Bagi anda sendiri, adakah anda mempunyai set realiti-maya anda tersendiri? Adakah anda berpuas hati dengannya?


TIPS & ULASAN