GIGABYTE Hadir Dengan Kemaskini Untuk Membendung Kerentanan Sekuriti CPU Intel

GIGABYTE Hadir Dengan Kemaskini Untuk Membendung Kerentanan Sekuriti CPU Intel

Diterbitkan pada November 28, 2017 oleh .

Beberapa hari lalu, kami ada melaporkan tentang masalah kerentanan sekuriti CPU Intel yang membelenggu pengguna-pengguna komputer, dan juga cara bagaimana anda boleh mengenalpasti jika komputer anda terkesan dengan kerentanan tersebut.

Terkini, nampaknya pihak GIGABYTE baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan kemaskini BIOS yang memperbaiki masalah ini. Menurut pihak GIGABYTE, kemaskini yang hadir buat masa ini ialah untuk papan induk Z370 dan Z200 mereka, manakala papan induk yang lain akan hadir dalam masa yang terdekat ini.

Kami juga ada bertanya kepada pembuat papan-papan induk yang lain, tetapi buat masa ini, mereka belum memberitahu bilakah kemaskini untuk masalah ini akan hadir buat papan-papan induk mereka.

Muat turun kemaskini Intel TXE/ME untuk papan induk GIGABYTE


TIPS & ULASAN