Cari @ Amanz

Selepas pelbagai teka-teki, hari ini Honor secara rasminya telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Honor V10. Honor V10 dilihat sebagai variasi keluarga Mate 10 dibawah keluarga Honor, dan pada harga lebih rendah.

Honor V10 hadir dengan skrin 5.99-inci dengan resolusi 2160×1080 pixel dan menggunakan panel LCD. Ia dijana menggunakan cip Kirin 970, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan bermula 64GB.

Honor V10 turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan, serta mengekalkan penggunaan bicu audio 3.5mm.

Honor V10

Untuk rakaman gambar, Honor V10 menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP RGB dan 20MP Hitam-Putih. Kedua-duanya menggunakan sensor f/1.8 dan tiada penstabilan imej optikal. Untuk kamera hadapan, Honor V10 menggunakan lensa 13-megapixel. Sokongan kecerdasan buatan untuk rakaman gambar dan beberapa perkara lain turut diintegrasikan pada Honor V10 ini. Menjana peranti ini adalah bateri berkapasiti 3750mAh.

Secara kasar, boleh dikatakan ia menyertakan beberapa kelebihan kedua-dua Mate 10 dan juga Mate 10 Pro – serta mengekalkan rekaan skrin pada nisbah 18:0 dengan hampir nirbingkai.

Di China, Honor V10 ini ditawarkan pada harga bermula CNY2700 iaitu sekitar RM1678. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran tempatan.

Honor V10

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd