Photoshop Menggunakan Kelebihan Kecerdasan Buatan Untuk Memudahkan Pemilihan Objek

Photoshop Menggunakan Kelebihan Kecerdasan Buatan Untuk Memudahkan Pemilihan Objek

Diterbitkan pada November 28, 2017 oleh .

Adobe sedia mempunyai platform kecerdasan buatan mereka tersendiri dinamakan Adobe Sensei. Ia telah mula diintegrasikan sedikit demi sedikit, dan kini Adobe memperlihatkan integrasi ia pada Photoshop melalui ciri yang dinamakan Select Subject.

Melalui ciri Select Subject, ia memudahkan pengguna untuk memilih sesuatu objek pada gambar dengan mudah, sekaligus membolehkan objek berkenaan diasingkan daripada gambar latar.

Sebelum ini, pengguna perlu melalui beberapa langkah yang mungkin kadang-kala sedikit sukar untuk membuat pemilihan objek pada gambar – dan melalui ciri Select Subject, perkara berkenaan ingin dimudahkan.

Walaupun kadang-kala ia tidak memilih dengan sempurna, tetapi pengguna boleh mempercepatkan proses serta membuat sedikit penyuntingan pada pilihan gambar berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Adobe akan memperkenalkannya kepada semua pengguna Photoshop.


TIPS & ULASAN