Terdapat beberapa perisian pihak ketiga yang menawarkan sokongan penambahan “tab” pada perisian, aplikasi dan “Files Explorer” pada Windows 10. Kini, Microsoft bergerak proaktif, dan mengumumkan mereka sendiri akan menawarkan ciri yang diinginkan ramai berkenaan melalui kemaskini Windows 10 akan datang.
Dinamakan sebagai
Anda boleh mulakan dengan membuat tugasan pada Word, dan kemudian membuka tab baru untuk pelayar web, PowerPoint dan sebagainya.
Microsoft akan menguji ciri Sets ini melalui sekumpulan kecil pengguna Windows Insiders terlebih dahulu tidak lama lagi. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasminya kepada semua.