Bagi anda yang menggunakan komputer Apple dan menjalankan sistem operasi macOS High Sierra. Terkini, sebuah pepijat ditemui pada sistem operasi berkenaan yang membenarkan akses penuh pentadbir tanpa memerlukan sebarang kata laluan.
Pengguna macOS High Sierra boleh mengakses laman pentadbir dengan hanya menggunakan nama pengguna “root” dan meninggalkan ruangan kata laluan tanpa diisi. Anda sendiri boleh mencubanya melalui System Preferences > User Groups pada Mac anda.
You can access it via System Preferences>Users & Groups>Click the lock to make changes. Then use "root" with no password. And try it for several times. Result is unbelievable! pic.twitter.com/m11qrEvECs
— Lemi Orhan Ergin (@lemiorhan) November 28, 2017
Perkara ini boleh dikatakan sangat serius – membolehkan perubahan tetapan dibuat, mengakses pelbagai perkara – termasuk akaun macOS yang lain.
Apple mengatakan mereka akan mengatasinya pada kemaskini sistem operasi akan datang mereka. Buat masa ini, sekiranya anda merupakan pengguna macOS High Sierra, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menetapkan kata laluan untuk akaun “root” pada komputer anda.