Cari @ Amanz

Fungsi pembantu maya kini sudah dianggap perlu peranti mudah alih. Ia mengingatkan pengguna kepada janji temu lengkap dengan waktu terbaik keluar dari rumah bagi mengelaskan kesesakan.Antara pembantu maya yang terkini di pasaran ialah Bixby yang dilancarkan Samsung tahun ini. Dari segi kemampuan ia masih di belakang Google Assistant tetapi Samsung komited untuk menjadikannya lebih boleh diandalkan.

Menurut laporan The Korea Herald, Samsung mengambil alih firma kecerdasan Fluently yang berpangkalan Korea Selatan. Fluently menghasilkan sistem kecerdasan buatan yang memberikan saranan kepada pengguna berdasarkan soalan yang diberikan.

Sebagai contoh ia akan bertanyakan jenis makanan apakah yang ingin dicuba apabila disoal mengenai restoran berhampiran. Sistem keluaran mereka boleh digunakan di dalam Telegram, KaKao Talk, Line dan WhatsApp.

Fluently bukan firma kecerdasan buatan pertama yang diambil alih oleh Samsung. Sebelum ini mereka telah membeli VIIV yang terdiri daripada pembangun asal Siri. Kecerdasan buatan dan pembantu maya ialah dua cabang penting bagi Samsung untuk ekosistem pintar mereka. Bixby 2.0 yang sedang dibangunkan bakal mengawal peranti-peranti pintar di bawah payung Samsung SmartThings.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd