Cari @ Amanz

Sebelum gelembung dot com meletup pada penghujung dekad 90an berlaku, ia berjaya mewujudkan ratusan jutawan muda segera. Anak-anak muda seperti Mark Zuckerberg berhenti dari kolej untuk membangunkan idea atas talian mereka. Tidak semua berjaya tetapi ia membuktikan ada duit boleh dijana secara atas talian.

Kita kini hidup di tahun 2017 dan kerajaan Malaysia sedang rancak menggalakkan rakyat untuk mencari rezeki secara atas talian dengan pelbagai inisiatif inovatif. Tetapi menurut pungutan suara yang dilakukan oleh SKMM, hanya 18.3% rakyat Malaysia menggunakan Internet untuk menjana pendapatan. Ini ialah peratusan yang rendah bagi negara yang 76.9% dari 24.5 Juta rakyatnya mempunyai capaian Internet.

Pungutan suara yang dilakukan turut mendapati 96.3% menggunakan Internet untuk berkomunikasi menggunakan aplikasi pemesejan, 89.3% menggunakannya untuk media sosial, 67.6% untuk pelajaran, 56.3% untuk tujuan pekerjaan, 48.8% untuk membeli belah dan 45.9% untuk urusan dengan agensi kerajaan.

Kami di Amanz termasuk di dalam golongan 18.3% yang menggunakan Internet untuk menjana pendapatan. Bagaimana pula dengan anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd