Instagram Membenarkan Anda Menyunting Gambar Yang Dihantar Oleh Rakan Menerusi Direct

Diterbitkan pada Nov 29, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menurut pungutan suara yang dilakukan SKMM baru-baru ini, hampir 97% responden mengakui menggunakan Internet untuk aplikasi pemesejan. Instagram ialah antara aplikasi dengan sistem pemesejan terbina yang membenarkan perkongsian gambar dengan rakan. Platform media sosial ini telah mengumumkan fungsi baru yang membolehkan gambar yang dihantar disunting oleh rakan dengan mudah sebelum dikongsikan semula.

Gambar yang dihantar boleh disunting dengan meletakkan pelekat, lakaran, teks dan diubah ukurannya menggunakan mod suntingan sedia ada. Kemaskini terbaru juga membolehkan anda menghadkan berapa kali teman boleh melihat gambar yang dihantar. Secara default tiada had ditetapkan tetapi pengguna boleh menghadkannya kepada hanya sekali. Fungsi ini telahpun diaktifkan kepada semua pengguna pada platform Android dan iOS.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami