Otot Lembut Untuk Kegunaan Robot Berasakan Origami Dihasilkan Oleh MIT Dan Harvard

Otot Lembut Untuk Kegunaan Robot Berasakan Origami Dihasilkan Oleh MIT Dan Harvard

Diterbitkan pada November 29, 2017 oleh .

Dalam masa hanya satu generasi, kemampuan robot sudah berkembang berkali ganda. Robot Asimo buatan Honda yang mampu mendaki tangga dulu dianggap canggih tetapi kelihatan kuno apabila diletakkan bersebelahan Atlas keluaran Boston Dynamic yang boleh melakukan balik kuang. Kemampuan robot akan semakin meningkat dengan terhasilnya “otot lembut” yang mampu mengangkat 1000 kali ganda beratnya sendiri.

Otot lembut ini dihasilkan oleh MIT dan Harvard. Ia menggunakan asas origami untuk melentur ke bentuk yang dikehendaki. Sistem pneumatik dan hidroklorik boleh digunakan untuk melentur otot robot yang lembut ini. Selain kemampuan mengangkat beban yang tinggi, ia juga lebih selamat digunakan berhampiran manusia. Aktuator pada robot yang digunakan sekarang diperbuat daripada logam dan boleh mencederakan pengguna.


TIPS & ULASAN