MSI Hadir Dengan Kemaskini Untuk Masalah Kerentanan Sekuriti Intel TXE Untuk Papan Induk LGA1151

MSI Hadir Dengan Kemaskini Untuk Masalah Kerentanan Sekuriti Intel TXE Untuk Papan Induk LGA1151

Diterbitkan pada November 29, 2017 oleh .

Pembina-pembina komponen komputer kini nampaknya sedang cepat memperbaiki masalah kerentanan sekuriti Intel ME/TXE yang dilaporkan baru-baru ini. Semalam GIGABYTE dilihat telah hadir dengan kemaskini BIOS untuk kerentanan tersebut, dan kini, tiba giliran MSI pula.

Syarikat teknologi dari Taiwan tersebut mengatakan bahawa kemaskini tersebut hadir untuk cipset-cipset Intel siri 100, 200 dan 300 yang terbaru. Pengguna hanya perlu memuat turun kemaskini tersebut dari laman sesawang mereka, dan gunakannya untuk mengemaskini sistem BIOS papan induk.

Kami sarankan anda mengemaskini komputer anda secepat yang mungkin untuk mengurangkan risiko komputer anda digodam dan kehilangan data, atau lebih teruk lagi, menjadi botnet untuk tujuan-tujuan durjana.

Layari laman sesawang MSI untuk kemaskini Intel ME/TXE


TIPS & ULASAN