Apple menjual produk yang mengikuti prinsip “it just works” mendiang Steve Jobs. Tiada manual diperlukan untuk menggunakannya kerana antaramuka yang intuitif. Tetapi sistem operasi peranti mudah alih kini sudah semakin kompleks dengan kemampuan menandingi komputer desktop. Bagi memudahkan pelanggan menggunakan peranti mereka dengan lebih mudah, Apple Support kini mempunyai laman YouTube rasmi mereka sendiri.
https://www.youtube.com/watch?v=bupU7iNJAAU
Buat masa ini sebanyak 10 video tutorial telah dimuat naik oleh Apple Support. Ia merangkumi topik remeh seperti bagaimana menggunakan GIF dalam iMessage dan topik yang kerap dedengari seperti bagaimana membuang entri pendua di dalam senarai Contact. Dengan wujudnya saluran rasmi, pengguna tidak perlu lagi mencari seluruh YouTube bagi mencari jalan penyelesaian kepada persoalan mengenai peranti Apple.