Cari @ Amanz

Perkhidmatan penghantaran makanan FoodPanda kini dilihat meluaskan kawasan perkhidmatan mereka ke Johor, khususnya Johor Bahru baru-baru ini.

FoodPanda baru-baru ini telah melalui proses penjenamaan semula, dan selepas membuka cawangan di Pulau Pinang, nampaknya mereka kini melihat ke arah selatan untuk meluaskan lagi perkhidmatan mereka.

Menurut jurucakap syarikat tersebut, FoodPanda kini boleh menghantar makanan daripada 40 syarikat F&B tempatan dan terkemuka, termasuklah Nando’s, Din Tai Fung, Kenny Rogers, Sakae Sushi dan sebagainya kepada pengguna-pengguna servis FoodPanda di Johor Bahru, tidak kira di rumah ataupun pejabat.

Dengan laman sesawang dan aplikasi yang dikemaskini, pengguna-pengguna juga kini boleh memesan dan memantau makanan mereka sewaktu ia sedang dibungkus dan dihantar ke destinasi anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd