Cari @ Amanz

Untuk kebanyakan pengguna peranti mudah-alih sekarang, data internet boleh dikatakan lebih penting dari kebolehan untuk membuat panggilan, dan dapat dilihat banyak syarikat telekomunikasi di Malaysia hadir dengan pelan yang mengetengahkan penggunaan data yang tinggi.

Terkini, nampaknya U Mobile baru sahaja mengumumkan kehadiran pelan pascabayar Unlimited Hero P99 yang terbaru mereka yang menjanjikan penggunaan data tanpa had melalui peranti mudah alih anda untuk RM99 setiap bulan.

Menurut U Mobile, data tanpa had ini tidak akan dikenakan sebarang had FUP (Fair Use Policy) dan anda akan menerima kelajuan penuh sewaktu penggunaan anda sepanjang masa.

Akan tetapi, had data tetap dikenakan jika anda menambat data kepada laptop anda, dan had tersebut ditetapkan pada 30GB sebulan, dan anda juga boleh berkongsi data tersebut bersama-sama dengan tiga daripada rakan-rakan Share 20 anda.

Bukan itu sahaja, dengan pelan P99 ini anda juga boleh membuat panggilan secara percuma tanpa had kepada semua nombor tempatan, Anda juga akan mendapat data roaming percuma sebanyak 3GB sebulan di 12 negara di rantau ini.

Sila layari laman sesawang U Mobile untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan juga cara-cara untuk bertukar ke pelan Unlimited Hero P99 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd