Rekaan Nokia 9 Tertiris – Skrin Nirbingkai Dan Pengimbas Cap Jari Pada Bahagian Belakang

Rekaan Nokia 9 Tertiris – Skrin Nirbingkai Dan Pengimbas Cap Jari Pada Bahagian Belakang

Diterbitkan pada November 29, 2017 oleh .

Nokia 8 ialah peranti utama Nokia untuk tahun ini. Rekaannya walaubagaimanapun masih lagi dianggap konservatif dengan dagu serta dahi yang besar. Bagi mereka yang mahukan peranti nirbingkai, mereka mungkin boleh menantikan kemunculan Nokia 9.

Rekaan peranti ini tertiris ke arena web selepas beberapa kerangka untuknya mula dijual di atas talian. Skrin hadapan nirbingkai mempunyai nisbah 18:9 dengan sisi melengkung. Pada bahagian belakang terdapat pengimbas cap jari berbentuk bulat di bawah lensa dwi-kamera. Antara maklumat spesifikasi yang diuar-uarkan ialah pemproses Snapdragon 835, memori sehingga 8GB RAM dan tiada bicu audio. Apakah pendapat anda tentang rekaan Nokia 9?


TIPS & ULASAN