Xiaomi Redmi 5 Bakal Dilancarkan Pada 7 Disember

Xiaomi Redmi 5 Bakal Dilancarkan Pada 7 Disember

Diterbitkan pada November 29, 2017 oleh .

Di pasaran Malaysia sekarang, hanya Mi Mix 2 menjadi peranti dengan skrin 18:9 keluaran Xiaomi yang dijual secara rasmi. Dengan harga jualan RM 2199 sebuah, ia mungkin agak mahal bagi kebanyakan pengguna. Bagi yang menantikan peranti skrin memanjang yang lebih mampu milik dari Xiaomi, Xiaomi Redmi 5 bakal dilancarkan 7 Disember ini dan rekaannya telahpun tertiris melalui laman TENAA.

Xiaomi Redmi 5 dilengkapi skrin memanjang 18:9 tetapi dengan bahagian dagu dan dahi yang agak besar. Ia dijana oleh pemproses Snapdragon 625, memori sebesar 4GB RAM, memori sebesar 32GB, kamera utama sebesar 13-Megapixel, kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 3200 mAh. Peranti ini masih menggunakan port pengecasan mikroUSB, mempunyai bicu audio dan pemancar infra merah. Terdapat juga pengimbas cap jari berbentuk bulat pada bahagian belakang.


TIPS & ULASAN