Waze Kini Turut Menyediakan Mod Pengangkutan Khusus Untuk Motosikal

Waze Kini Turut Menyediakan Mod Pengangkutan Khusus Untuk Motosikal

Diterbitkan pada November 29, 2017 oleh .

Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi yang popular digunakan ramai diseluruh dunia. Terkini, hari ini mereka mula menawarkan kemaskini baru untuk pengguna Waze di Android dan iOS – menyertakan beberapa ciri-ciri baru untuk pengguna.

Fungsi baru yang kini diperkenalkan adalah termasuk mod pengangkutan khusus untuk penunggang motosikal. Pengguna akan disediakan dengan laluan yang lebih dioptimasikan untuk motosikal berbanding arah laluan biasa.

Waze Motosikal

Untuk menggunakannya, pengguna Waze boleh melakukan tetapan dengan ke halaman Settings > Vehicle Type > Motorcycles.

Disamping itu, kini Waze juga turut menyertakan sebuah ciri baru yang dinamakan Talk To Waze. Menggunakannya, anda boleh memberikan arahan suara “Ok Waze”, sekaligus memberikan tumpuan lebih kepada jalan raya dan tidak perlu menaip seperti sebelumnya. Namun, ciri ini hanya terhad untuk beberapa buah negara sahaja buat masa ini.

Bagi anda yang menggunakan Waze, boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menikmati dua ciri baru yang diperkenalkan ini.


TIPS & ULASAN