Cari @ Amanz

Google merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin. Terkini, dalam salah satu kajian yang dibangunkan oleh Google, mereka memperlihatkan penggunaan kecerdasan buatan untuk mengelak orang daripada mengintip skrin peranti anda.

Google memanggilnya sebagai “Pelindung Skrin Elektronik”. Pada masa kini, mungkin pelbagai mata melihat skrin anda – terutamanya ketika ditempat awam seperti dalam pengangkutan awam dan sebagainya. Perkara ini memberikan ketidak-selesaan kepada pengguna, dan Google mencuba kajian baru untuk menggunakan kecerdasan buatan bagi tujuan ini.

Melalui demo yang dipertontonkan, aplikasi Google Hangouts dilihat beralih dan memberikan amaran mengatakan “Stranger is Looking” pada skrin apabila mendapati ada mata lain yang melihat skrin peranti anda.

Google dijangka akan berkongsi lebih lanjut mengenai kajian mereka ini dalam minggu akan datang – termasuk bagaimana ia berfungsi dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd