Samsung Memulakan Pengeluaran Cip Pemprosesan 10nm Generasi Kedua

Samsung Memulakan Pengeluaran Cip Pemprosesan 10nm Generasi Kedua

Diterbitkan pada November 29, 2017 oleh .

Samsung hari ini mengumumkan yang mana bahagian semikonduktor mereka telah mulakan pengeluaran cip SoC generasi kedua dengan rekaan 10nm.

Untuk makluman, Samsung telah mula menggunakan cip 10nm pada peranti mereka sejak awal tahun ini, termasuk digunakan pada Galaxy S8. Kini, melalui generasi kedua untuk rekaan cip berkenaan, ia dikatakan menawarkan prestasi lebih 10% berbanding sebelum ini, termasuk menjimatkan tenaga sehingga 15%.

Samsung mengatakan peranti menggunakan cip ini akan digunakan bermula awal 2018 kelak. Disamping cip 10nm ini, kita juga turut dijangka melihat evolusi kepada rekaan yang lebih kompak selepas ini.


TIPS & ULASAN