Apple Kini Menawarkan Kemaskini Untuk Kerentanan Sekuriti Pada macOS High Sierra

Apple Kini Menawarkan Kemaskini Untuk Kerentanan Sekuriti Pada macOS High Sierra

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Lanjutan daripada laporan semalam, kini Apple telah mula menawarkan kemaskini sekuriti untuk para pengguna sistem operasi macOS High Sierra seluruh dunia.

Kemaskini sekuriti ini mengatasi masalah kebolehan untuk memasuki bahagian pentadbir pada komputer macOS tanpa sebarang kata laluan.

Apple mengatakan pengguna sistem operasi macOS Sierra 10.12.6 dan sebelumnya tidak terkesan dengan masalah sekuriti berkenaan. Bagi anda yang menggunakan macOS High Sierra, anda diminta untuk memuat-turun kemaskini sekuriti ini, dan mengemaskini sistem operasi anda untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini terjadi.

Anda boleh mengemaskininya melalui Mac App Store dan memilih tab “Updates”.


TIPS & ULASAN