Instagram merupakan salah satu laman sosial terkemuka untuk perkongsian gambar. Ada kalanya, pengguna Instagram sendiri ingin berkongsi kembali sesuatu gambar daripada akaun rakan-rakan atau jenama melalui akaun mereka sendiri – terutamanya jika mempunyai gambar mereka didalamnya, serta disebabkan beberapa perkara lain. Untuk tujuan berkenaan, terdapat beberapa aplikasi pihak ketiga yang memudahkannya.
Kini, menariknya Instagram sendiri dilihat sedang menguji ciri berkenaan secara terbina pada aplikasi mereka.
Melalui TNW, Instagram dilihat berkongsi sebuah butang baru bersebelahan dengan butang Instagram Direct yang membolehkan menggunakn berkongsi kembali sesuatu gambar atau video menggunakan akaun mereka.
Buat masa ini, ia sekdar ujian kecilan sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan dilancarkan kepada umum atau sebaliknya.
Tetapi, sekiranya ia dilancarkan, tidak mustahil untuk kita melihat perkongsian di perkhidmatan Instagram menjadi lebih aktif berbanding sebelum ini.