Amazon Translate Diperkenalkan – Perkhidmatan Terjemahan Masa-Nyata Berasaskan Pembelajaran Mesin

Amazon Translate Diperkenalkan – Perkhidmatan Terjemahan Masa-Nyata Berasaskan Pembelajaran Mesin

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Amazon melalui perkhidmatan AWS mereka sedia menawarkan sejumlah ciri-ciri dalam memudahkan para pembangun untuk membangunkan dan menawarkan pengalaman yang baik untuk pengguna. Terkini, hari ini Amazon turut mengumumkan sebuah perkhidmatan baru dibawah Amazon Web Services, iaitu Amazon Translate.

Amazon Translate menawarkan perkhidmatan terjemahan masa-nyata, dan turut menggunakan pembelajaran mesin dan rangkaian neural dalam usaha menawarkan terjemahan yang tepat kepada pengguna. Ia boleh diakses oleh semua pelanggan AWS dan turut diintegrasikan bersama-sama produk penawaran AWS yang lain.

Amazon Translate

Amazon mengatakan melalui perkhidmatan ini, ia membolehkan para pemilik perniagaan dan produk untuk memperluaskan penawaran produk mereka kepada umum, berbanding hanya menawarkan ia menggunakan satu bahasa sahaja.

Selain Amazon, terdapat beberapa perkhidmatan lain yang turut menawarkan sokongan terjemahan – termasuk yang popular daripada Google dan juga Microsoft. Pihak Amazon dilihat lebih menyasarkan pemilik perniagaan, dan para pembangun web melalui penawaran mereka ini berbanding kepada pengguna umum.


TIPS & ULASAN