Lebih 600 Juta Peranti Seluruh Dunia Kini Menjalankan Sistem Operasi Windows 10

Lebih 600 Juta Peranti Seluruh Dunia Kini Menjalankan Sistem Operasi Windows 10

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Microsoft sebelum ini sedia menyasarkan untuk lebih 1 bilion peranti seluruh dunia menggunakan sistem operasi Windows 10. Terkini, berkongsi mengenai statistik semasa, GeekWire melaporkan yang mana CEO Microsoft, iaitu Satya Nadella mengumumkan kini lebih 600 juta peranti seluruh dunia menggunakan Windows 10.

Windows 10 adalah sistem operasi terkini daripada Microsoft, yang mana digunakan pada komputer, tablet, konsol Xbox, dan juga peranti HoloLens.

Windows 10 sebelum ini telah dilancarkan pada 2015 yang lepas – dan sejak daripada itu, beberapa kemaskini telah diperkenalkan. Paling terkini adalah versi Windows 10 Fall Creators Update yang ditawarkan secara percuma kepada pengguna Windows 10 seluruh dunia.

Memandangkan kini telefon pintar bukan lagi fokus utama untuk Microsoft, kemungkinan sasaran untuk mencapai angka satu bilion mungkin mengambil sedikit masa lebih lama.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah menggunakan Windows 10, atau masih menjalankan versi Windows yang lama?


TIPS & ULASAN