Carian
Facebook Menguji Sistem Muat Naik Swafoto Bagi Pengesahan Identiti Apabila Mengesan Aktiviti Akaun Meragukan
November 30, 2017 Effi Saharudin

Facebook bagi kebanyakan pengguna adalah laman yang digunakan beberapa kali sehari. Bagi golongan influencer dan artis, ia adalah alat yang penting untuk menjana pendapatan. Kerap kali di Malaysia artis kehilangan akses kepada akaun dengan jutaan peminat kerana digodam. Kelemahan pengguna dan sistem Facebook menyebabkan ini berlaku.


 

Facebook kini dilihat mencuba sistem baru yang meminta pengguna memuat naik swafoto bagi mengesahkan identiti apabila ia mengesah aktiviti yang meragukan pada akaun. Gambar keseluruhan wajah ini kemudian dibandingkan dengan sistem pengenalan wajah pemilik akaun yang digunakan secara meluas oleh Facebook.

Menurut laporan Wired, sistem ini masih diuji secara kecil-kecilan dan maklumat mengenainya masih belum mahu dikongsi secara menyeluruh oleh Facebook bagi mengelakkan sebarang manipulasi. Mereka juga tidak mendedahkan sama ada sistem ini akan digunakan secara meluas di masa hadapan.

Komen