Kerangka Kristal Untuk Oppo F5 6GB Red Edition Dihasilkan Dengan Kerjasama Swarovski
Artikel Berkaitan

Kerangka Kristal Untuk Oppo F5 6GB Red Edition Dihasilkan Dengan Kerjasama Swarovski

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Oppo F5 6GB Red Edition akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Disember hadapan. Perbezaan di antara model ini dengan model terdahulu terletak pada saiz RAM lebih besar serta warna yang lebih eksekutif. Pihak Oppo nampaknya akan turut melancarkan kerangka edisi terhad yang betatahkan kristal Swarovki untuk peranti ini.

Sebanyak 1000 kerangka sahaja dihasilkan dan akan diterima oleh pengguna yang melakukan pra-tempahan Oppo F5 6GB Red Edition di Malaysia. Kerangka merah ini dihiasi kristal berwarna hitam dan merah berbentuk tiga segi pada bahagian belakang. Harga jualan untuk berkas Oppo F5 6GB Red Edition ini masih belum diumumkan setakat ini.


TIPS & ULASAN