Carian
GimbaCam – Kamera Aksi Dengan Gimbal Penstabilan Terbina
November 30, 2017 Effi Saharudin

Kamera aksi seperti GoPro popular di kalangan peminat sukan lasak kerana mampu merakam di dalam situasi di aman kamera biasa akan musnah. Bagi menstabilkan video yang dirakam, pelbagai sistem penstabilan gimbal dijual sebagai aksesori. Kesemuanya mempunyai saiz yang besar dan agak mahal. GimbalCam ialah kamera aksi terkini yang menyelesaikan masalah ini kerana mempunyai gimbal terbina.

Kamera ini mempunyai kemampuan merakam video pada resolusi 4K 30FPS dan gambar statik pada resolusi 16-Megapixel. Gimbal terbina menstabilkan kamera pada tiga paksi. Perisian tambahan menstabilkan lagi video yang diambil. Ia hadir dengan kerangka kalis air IP68 serta boleh ditambat pada peranti Android dan iOS.

Sebuah skrin sesentuh 1.5″ disertakan pada sisi untuk memudahkan kawalan kamera. Kamera boleh berfungsi selama dua jam dengan sekali caj. GimbalCam sedang mengumpul dana menerusi IndieGogo. Bagi yang berminat kamera boleh ditempah pada harga $299 (~RM 1222) sebuah.

Komen