Komputer Corsair One Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada Tahun 2018

Komputer Corsair One Akan Memasuki Pasaran Malaysia Pada Tahun 2018

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Corsair ialah jenama yang terkenal di dalam penghasilan RAM untuk komputer. Pada Mac yang lalu mereka melancarkan tiga model komputer yang mensasarkan golongan gamer lengkap dengan sisten penyejukan cecair. Menurut laporan LowYat.Net, Corsair One akan memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2018.

Ini didedahkan sendiri oleh Tim Handley, pengarah jualan Corsair untuk pasaran APAC di sidang media semalam. Walaubagaimanapun tarikh pelancaran sebenar serta model yang akan dibawa masuk tidak pula dikongsi buat masa ini. Tiga model yang telah diumumkan sebelum ini i9alah Corsair One, Corsair One Pro dan Corsair One Ti.

Corsair One dilengkapi pemproses Intel Core i7-7700, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1070, RAM sehingga 16 GB DDR4, storan SSD 240 GB dan storan HDD 1TB. Harga jualan One Pro ialah $1800 (~RM 7355) sebuah.

Corsair One Pro dilengkapi pemproses Intel Core i7-7700K, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080, RAM sehingga 16 GB DDR4, storan SSD 460 GB dan storan HDD 2 TB. Harga jualan One Pro ialah $2200 (~RM 8990)sebuah.

Corsair One Ti pula  dilengkapi pemproses Intel Core i7-7700K, kad grafik Nvidia GeForce GTX 1080 Ti, RAM sehingga 16 GB DDR4 dan storan 960 GB SSD. Harga jualan One Pro ialah $2600 (~RM 10624)sebuah.

Kesemua model menggunakan sistem penyejukan cecair yang senyap. Corsair mengatakan sistem PC mereka hanya mengeluarkan bunyi pada kekuatan 20 db ketika berfungsi. Sistem ini juga mesra lewah jam bagi mempertingkat spesifikasi. Akhir sekali kesemuanya dimasukkan ke dalam menara PC yang kompak bagi mengurangkan penggunaan ruang.


TIPS & ULASAN