Facebook Menguji Ciri Menghebahkan Mesej Melalui Messenger

Facebook Menguji Ciri Menghebahkan Mesej Melalui Messenger

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Facebook sering menguji pelbagai ciri-ciri baru, termasuk untuk menjana duit bagi mereka. Terkini, ia dilihat laman sosial gergasi berkenaan sedang menguji ciri menghebahkan mesej melalui Messenger untuk pengguna perniagaan, dinamakan sebagai “Messenger Broadcast”.

Messenger Broadcast

Melaluinya, sesuatu perniagaan boleh menghantar mesej kepada pengguna dan menyertakan beberapa butang khusus untuk penerima berinteraksi dengan mudah. Penghantaran mesej juga boleh ditetapkan sama ada gambar dan teks, video dan teks atau hanya teks sahaja.

Messenger Broadcast ini turut akan memperlihatkan berapa ramai yang akan menerimanya. Ia tidak diketahui lagi bagaimana Facebook akan mengenakan bayaran supaya mesej berkenaan diterima lebih ramai lagi.

Buat masa ini, ciri ini hanya pada peringkat ujian sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan kepada semua.


TIPS & ULASAN