Pengguna Samsung Galaxy S8 Melaporkan Masalah Sistem Autofokus Kamera

Pengguna Samsung Galaxy S8 Melaporkan Masalah Sistem Autofokus Kamera

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Samsung Galaxy S8 ialah antara peranti dengan kemampuan terbaik sepanjang 2017. Dari pengalaman peribadi, gambar yang diambil sentiasa tajam dengan kemampuan rakaman dalam situasi gelap yang amat baik. Namun kini terdapat sebilangan pemilik Galaxy S8 dan S8+ melaporkan masalah pada kamera utama.

Sistem autofokus dikatakan gagal berfungsi. Terdapat puluhan bebenang dari pemilik yang melaporkan masalah ini sejak peranti dilancarkan awal tahun ini. Pihak Samsung sudah maklum mengenai masalah ini dan memberikan beberapa langkah untuk menyelesaikannya. Antara saranan yang diberikan ialah mengemaskini perisian, mengetuk secara perlahan pada panel belakang dan melakukan tetapan semula pada peranti.

Sekiranya masalah masih wujud, Samsung mengarahkan pengguna untuk menghantarnya ke pusat khidmat pelanggan. Adakah di kalangan pembaca Amanz yang memiliki Galaxy S8 mengalami masalah ini?


TIPS & ULASAN