Google Memperkenalkan Aplikasi Penjimatan Data Untuk Android – Datally

Google Memperkenalkan Aplikasi Penjimatan Data Untuk Android – Datally

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Google hari ini memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna Android dinamakan Datally. Melalui aplikasi ini, Google memfokuskan kepada kemudahan untuk pengguna menjimatkan data mudah-alih mereka.

Datally

Melalui Datally, pengguna boleh mengaktifkan penggunaan VPN, sekaligus menjimatkan data yang digunakan mereka dengan melalui pemampatan dan sebagainya. Disamping itu, pengguna turut boleh melihat aplikasi manakah yang paling banyak menggunakan data – sekaligus lebih mengawalnya.

Disamping itu, Google turut menyertakan sokongan mencari rangkaian WiFi terbuka tempatan supaya pengguna boleh berhubung dan menjimatkan lagi penggunaan data mereka.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Android, anda boleh memuat-turun Datally hari ini dan mula menjimatkan penggunaan data anda.

Muat-Turun Datally untuk Android


TIPS & ULASAN