Samsung Mempatenkan Pay Story – Sistem Perkongsian Pembelian Samsung Pay Ke Media Sosial

Samsung Mempatenkan Pay Story – Sistem Perkongsian Pembelian Samsung Pay Ke Media Sosial

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Fungsi Stories ditiru oleh Instagram berdasarkan fungsi yang pertama kali dilihat pada Snapchat. Kerana kepopularannya, Stories kemudian muncul pada Facebook dan WhatsApp. Samsung juga mempunyai perancangan untuk memperkenalkan Pay Story di dalam sistem Samsung Pay mereka. Dengan Pay Story, pengguna Samsung Pay boleh berkongsi pembelian mereka terus ke platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Paten untuk Pay Story telahpun mereka failkan ke badan paten KIPRIS Korea Selatan. Pengguna boleh mengkustomasi paparan ke media sosial seperti penilaian kualiti perkhidmatan yang diterima, gambar produk dan memadam jumlah bayaran. Dengan perkongsian ke Pay Story, Samsung berharap ia akan membuatkan lebih ramai pengguna menyedari akan kewujudan Samsung Pay. Ini seterusnya akan meningkatkan penggunaannya. Setakat ini Samsung Pay telah beroperasi di 22 negara seluruh dunia termasuk Malaysia.

 


TIPS & ULASAN