Huawei Mate 10 Porsche Design Dijual Di Malaysia Mulai 8 Disember – Berharga RM6999

Huawei Mate 10 Porsche Design Dijual Di Malaysia Mulai 8 Disember – Berharga RM6999

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan telefon pintar Huawei Mate 10 versi Porsche Design akan ditawarkan di Malaysia bermula 8 Disember 2017 kelak. Seperti dilaporkan sebelum ini, Huawei Mate 10 Porsche Design akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM6999.

Huawei Mate 10 Porsche Design menawarkan spesifikasi seumpama Huawei Mate 10 Pro, menyertakan memori 6GB RAM dan ruangan storan 256GB. Dari segi rekaan, ia menawarkan rekaan nirbingkai, dan pada bahagian belakang ia turut dilengkapi dengan dwi-kamera Leica untuk rakaman gambar. Rekaan bahagian kerangka belakang juga sedikit berbeza dengan Huawei Mate 10 Pro. Ciri kalis air dan debu juga turut dikekalkan pada telefon pintar ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini dalam kuantiti terhad di Malaysia bermula 8 Disember 2017 ini.


TIPS & ULASAN