Carian
Spesifikasi Peranti Nirbingkai Pertama Sony Xperia Tertiris
November 30, 2017 Effi Saharudin

Sony sudahpun mengesahkan mereka akan akhirnya menghasilkan peranti nirbingkai pertama mereka tahun hadapan. Ini adalah bagi mengikut trend semasa yang melihat rekaan OmniBalance yang digunakan sekarang sebagai ketinggalan zaman. Peranti nirbingkai pertama mereka dipercayai menggunakan nombor model H8541, Spesifikasi peranti ini akhirnya telah tertiris.

Dari apa yang dapat dibaca, Sony H8541 akan dilengkapi skrin 5.7″ 4K HDR, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 4GB, storan 64GB, bateri sebesar 3420 mAh dan menggunakan Android Oreo. Peranti ini dipercayai akan dilancarkan di MWC 2018 yang berlangsung pada Februari hadapan.

Komen