Carian
AMD
ASUS Mengeluarkan Kemaskini BIOS Untuk Mengaktifkan Sokongan APU Raven Ridge Pada Papan Induk AM4
November 30, 2017 Nazrin

AMD baru-baru ini mengumumkan kehadiran APU terbaru mereka, Raven Ridge baru-baru ini untuk komputer riba. APU Raven Ridge ini menggabungkan teknologi CPU AMD Ryzen dan grafik RX Vega untuk laptop yang nipis tetapi berkuasa.

Terkini, nampaknya ASUS sudahpun hadir dengan kemaskini perisian BIOS untuk papan-papan induk AMD AM4 yang menggunakan CPU AMD Ryzen untuk menyokong APU Raven Ridge yang akan hadir tidak lama lagi.

Kemaskini BIOS ini kini boleh dimuat-turun melalui laman-laman sesawang pembuat papan induk AMD AM4 ini. Dibawah merupakan beberapa model papan induk yang sudahpun hadir dengan kemaskini BIOS tersebut.

Komen