Cari @ Amanz

Beberapa hari lalu, Atari mengumumkan kehadiran topi Speakerhat, sebuah topi yang mempunyai fon kepala dan mikrofon terbina didalamnya, bersama-sama dengan sokongan untuk sambungan Bluetooth.

Kebetulannya, tahun ini juga merupakan ulang-tahun ke-45 permainan video Pong, salah satu daripada permainan video terawal yang dikeluarkan oleh Atari. Jika anda tidak mengenali permainan video Pong ini, ia adalah permainan video yang berasaskan permainan ping-pong,

Untuk meraikan ulang-tahun ke-45 permainan tersebut, Atari menunjukkan kabinet arked Table Pong, dengan rekabentuk meja yang membolehkan pemain bermain permainan Pong tersebut dengan seorang lagi rakan.

Table Pong ini direka oleh Allan Alcorn, seorang jurutera yang baru memasuki syarikat Atari, dan diberi projek untuk membina sebuah mesin permainan video untuk menyesuaikan dirinya di syarikat tersebut. Projek ini cukup menarik kerana permainan Pong di dalam Table Pong ini bukanlah permainan video 2D, tetapi sebaliknya ialah permainan mekanikal 3D yang menggunakan motor, magnet, landasan dan juga sistem pulley untuk mensimulasikan pergerakan 2D permainan tersebut.

Projek Table Pong ini sudahpun melalui proses biaya-sama di Kickstarter, dan Califer Inc., syarikat yang memulakan projek tersebut berkata bahawa mesin Table Pong ini dikatakan akan mula dijual pada suku pertama tahun 2018 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd