Kini Anda Boleh Mainkan Ragnarok Online Dalam Bentuk Beta Terbuka

Kini Anda Boleh Mainkan Ragnarok Online Dalam Bentuk Beta Terbuka

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Setelah sekian lama dinantikan, kini permainan nostalgia dan diminati ramai suatu ketika dahulu, iaitu Ragnarok Online kembali. Buat masa ini, permainan Ragnarok Online ini telah boleh dimainkan oleh semua dalam bentuk beta terbuka.

Ragnarok Online

Ragnarok Online merupakan salah satu permainan MMO yang menawarkan pelbagai watak berbeza – dan memerlukan pemain menjelajah pelbagai kawasan dan menyelesaikan beberapa perkara untuk mendapatkan barangan menarik serta menaikkan tahap watak pemain.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun klien Ragnarok Online hari ini, dan mula memainkannya.

Muat-Turun : Ragnarok Online[/download]


TIPS & ULASAN