HTC U11+ Melepasi Pengesahan Sirim – Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi
HTC

HTC U11+ Melepasi Pengesahan Sirim – Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

HTC pada awal bulan ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, HTC U11+. Kini, selang hanya beberapa minggu, ia telah pun melepasi pengesahan Sirim dan dilihat akan ditawarkan oleh Brightstar Malaysia.

HTC U11+ merupakan telefon pintar dengan rekaan nirbingkai dan menggunakan skrin 6-inci dengan nisbah 18:9. Disamping itu, HTC U11+ turut menawarkan sokongan Edge Sense yang membolehkan anda mengawal peranti dengan memicitnya.

HTC U11 Plus+

Dari segi spesifikasi, telefon pintar dengan skrin 6-inci ini menggunakan cip Snapdragon 835, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri berkapasiti 3930mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui. Dengan pengesahan Sirim ini, kita mungkin akan melihat ia diumumkan secara rasmi untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN