Jabra Elite 25e – Fon Kepala Tanpa Wayar Dengan Bateri Sehingga 18 Jam, Berharga RM429

Jabra Elite 25e – Fon Kepala Tanpa Wayar Dengan Bateri Sehingga 18 Jam, Berharga RM429

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Jabra, salah satu pengeluar yang popular dengan penawaran audio mereka, hari ini telah mengumumkan penawaran Jabra Elite 25e untuk pasaran tempatan.

Jabra Elite25e

Jabra Elite 25e adalah sebuah fon telinga tanpa wayar yang boleh digunakan untuk panggilan dan juga untuk mendengar muzik. Jabra mengatakan ia menawarkan masa penggunaan selama 18 jam dan turut hadir dengan sokongan butang khusus untuk Siri dan Google Now.

Sambungan neckband juga memastikan fon telinga ini tidak mudah tercicir, selain memberikan keselesaan kepada pengguna untuk memakainya. Disamping itu, ia turut menawarkan pengalaman audio yang lebih baik kepada pengguna berbanding kebiasaan.

Di Malaysia, fon telinga yang turut hadir dengan sokongan kalis air ini ditawarkan pada harga RM429, dan boleh didapati daripada para pengedar Jabra seluruh negara.


TIPS & ULASAN