Kini Para Peniaga Tempatan Boleh Menerima Bayaran WeChat Pay Melalui Hong Leong Bank

Kini Para Peniaga Tempatan Boleh Menerima Bayaran WeChat Pay Melalui Hong Leong Bank

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

Hong Leong Bank hari ini mengumumkan yang mana mereka telah menerima kebenaran daripada Bank Negara Malaysia untuk menerima dan menyediakan platform pembayaran WeChat Pay untuk penjual tempatan.

Hong Leong Bank WeChat

Dengan kerjasama antara Hong Leong Bank dan Tencent ini, ia sekaligus memudahkan para peniaga tempatan untuk menerima bayaran melalui WeChat Pay – terutamanya melibatkan pelancong dari China ke Malaysia.

Hong Leong Bank turut mengatakan yang mana mereka juga kelak akan memudahkan peniaga tempatan turut menerima bayaran secara atas-talian untuk WeChat Pay ini.

Dengan langkah daripada Hong Leong Bank ini, mungkin kita akan dapat melihat penggunaan WeChat Pay lebih meluas di Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN