TeamViewer 13 Kini Menyertakan Sokongan Perkongsian Skrin iOS

TeamViewer 13 Kini Menyertakan Sokongan Perkongsian Skrin iOS

Diterbitkan pada November 30, 2017 oleh .

TeamViewer merupakan salah satu perisian yang gemar digunakan oleh juruteknik untuk mengawal komputer secara jarak jauh, dan membuat baik-pulih atau sebarang pembetulan. Selain untuk desktop, TeamViewer juga sedia ditawarkan untuk iOS, Android dan juga ChromeOS.

Terkini, pada minggu ini, pembangun TeamViewer telah melancarkan versi terkini perisian berkenaan untuk semua platform, iaitu TeamViewer 13.

Salah satu ciri utama yang disertakan adalah sokongan perkongsian skrin iOS melalui TeamViewer – sekaligus membolehkan juruteknik untuk membantu anda membetulkan iPhone atau iPad dengan mudah dari jauh. Pengenalan ciri ini juga bertepatan dengan masa kini yang memperlihatkan pelbagai syarikat menggunakan iPad untuk tujuan kerja.

Disamping sokongan berkenaan, kini TeamViewer menawarkan prestasi lebih pantas, memudahkan pengguna berhubung dengan laju menggunakan Instant Connect, selain pemindahan fail yang lebih pantas berbanding sebelumnya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun TeamViewer hari ini, dan menggunakan sejumlah ciri menarik yang disertakan melaluinya.

Muat-Turun TeamViewer


TIPS & ULASAN