Selain Selfie, Ini 5 Fungsi Menarik Yang Hadir Pada Pada OPPO F5

Selain Selfie, Ini 5 Fungsi Menarik Yang Hadir Pada Pada OPPO F5

Diterbitkan pada Dis 27, 2017 oleh .

OPPO F5 telah meneruskan siri OPPO F iaitu siri peranti yang meneruskan keupayaan selfie. Menariknya pada tahun ini, OPPO F5 kini telah mengikuti trend rekaan terkini iaitu skrin bingkai nipis yang mana telah hadir pada kebanyakan peranti flagship tahun ini. Ia juga menawarkan spesifikasi yang baik untuk bersaing pada peranti sekelasnya, sekaligus menjadikan peranti ini salah satu peranti yang menarik untuk dilihat apabila anda sendang membuat penilaian bagi pembelian telefon pintar.

Bagi memudahkan anda menilai peranti ini, berikut ialah 5 fungsi menarik yang anda boleh dapati pada OPPO F5 ini.

1. Skrin bingkai nipis 6.0-inci FHD+ dengan nisbah 18:9

Dengan menggunakan rekaan skrin bingkai nipis, OPPO F5 mampu menawarkan saiz skrin sebesar 6.0-inci pada saiz peranti sebesar 5.5-inci. Secara mudahnya, ia ibarat anda memegang peranti seperti iPhone 8 Plus tetapi dengan saiz skrin yang lebih besar. Ia juga turut hadir dengan sokongan nisbah 18:9, dalam memberikan paparan yang lebih luas untuk digunakan ketika menonton video, melayari web, dan memainkan permainan.

2. Facial Unlock untuk membuka peranti dengan imbasan wajah

Salah satu fungsi menarik yang telah hadir pada OPPO F5 ialah Facial Unlock dengan membolehkan peranti dinyahkunci melalui imbasan muka. Fungsi seperti ini kebanyakannya hanya ditawarkan pada peranti flagship, tetapi ia kini telah mula ditawarkan pada peranti kelas pertengahan. Yang menariknya, OPPO F5 mampu membuka peranti dengan begitu pantas sejurus anda menghalakan peranti ini ke wajah anda.

Jika anda tidak biasa dengan Facial Unlock, anda masih boleh menyahkunci peranti melalui pengimbas cap jari yang terletak di bahagian belakang dan ia juga pantas beroperasi, memudahkan anda mengakses peranti anda.

3. Kamera Utama 16MP f/1.8 untuk penggambaran malam yang lebih baik

Selain mengutakaman fungsi selfie, kamera utama OPPO F5 mampu memberikan penggambaran harian yang baik melalui penggunaan kamera 16MP f/1.8. Dengan kehadiran aperture sebesar f/1.8, kamera mampu menarik lebih banyak cahaya sekaligus memberikan hasil penggambaran yang lebih terang dan tajam.

Hasilnya, penggambaran malam yang diambil dari peranti ini mampu memberikan kualiti imej yang lebih terperinci bersama pengurangan noise yang minima. Walaupun latar belakang dalam keadaan gelap dan kurang pencahayaan, subjek penggambaran masih jelas dilihat.

4. Prestasi harian & permainan lancar dengan MediaTek Helio P23

OPPO F5 mampu memberikan prestasi harian yang amat lancar melalui penggunaan cip lapan-teras MediaTek Helio P23 bersama padanan memori 4GB RAM. Apabila diuji melalui aplikasi penanda aras, ia berada dengan kedudukan yang setara dengan cip Snapdragon 625 dan HiSilicon Kirin 659, sekaligus membawa spesifikasi yang berpadanan dengan peranti sekelasnya. Dengan penggunaan cip ini, membuka dan membuat aplikasi terasa begitu lancar apatah lagi ketika memainkan sejumlah permainan terkini.

5. Ketahanan bateri sepanjang hari

OPPO F5 didatangkan dengan bateri berkapasiti 3200 mAh yang mana mampu memberikan penggunaan bateri sepanjang hari. Melalui ujian yang dilakukan kami, ia menawarkan masa nyalaan skrin atau Screen-on-Time (SoT) sekitar 6 jam sekaligus memberikan bacaan bateri yang baik untuk digunakan secara harian. Dengan bacaan bateri ini, anda mampu mendapatkan penggunaan peranti yang lebih lama tanpa perlu mengecas peranti ini sebanyak dua kali dalam sehari.


Dengan harga RM1298, OPPO F5 memberikan fungsi dan spesifikasi yang amat baik untuk harganya, melalui prestasi harian yang lancar, keupayaan kamera yang terang, bersama penggunaan bateri sepanjang hari. Bukan itu sahaja, ia juga turut hadir dengan rekaan skrin bingkai nipis bersama fungsi Facial Unlock yang mana cukup memberikan nilai yang positif untuk pembelian peranti ini.

Beli: OPPO F5

Penafian: Advertorial Dari OPPO Malaysia


TIPS & ULASAN