AWS Cloud9 Dilancarkan – Perisian Pengaturcaraan Berasaskan Awan

AWS Cloud9 Dilancarkan – Perisian Pengaturcaraan Berasaskan Awan

Diterbitkan pada Dis 1, 2017 oleh .

Sekiranya anda hidup sebagai seorang pengaturcara, anda sudah tentu mempunyai perisian pengaturcaraan kegemaran anda. Terdapat pilihan yang memerlukan anda membayarnya, atau perisian sumber terbuka yang tidak mengenakan sebarang bayaran. Pada pengumuman AWS hari ini, mereka telah mengumumkan AWS Cloud9.

AWS Cloud9 secara tepatnya merupakan IDE ( Integrated Development Environment ) berasaskan awan yang boleh diakses menerusi konsol AWS. Menggunakannya, anda boleh melakukan pengaturcaraan pada pelayar internet anda, tanpa memuat-turun atau memasang sebarang perisian pada komputer anda.

Memandangkan ianya adalah IDE berasaskan awan, projek yang dibangunkan boleh diakses bersama-sama pengaturcara lain, seperti Google Docs. Setiap pengaturcara boleh melihat kod pengaturcaan dari pengaturcara lain disamping memudahkan kolaborasi dan juga kerja berpasukan dalam melakukan pengaturcaan.

Memandangkan AWS Cloud9 hanya tersedia melalui akses pada konsol AWS, pengguna juga boleh menyambungkan sebarang komponen perkhidmatan AWS secara terus.

AWS Cloud9 menyokong bahasa pengaturcaan utama dan ia ditawarkan secara percuma memandangkan bayaran yang diambil oleh AWS adalah bergantung kepada proses Compute dan Storage mereka.

Cuba: AWS Cloud9


TIPS & ULASAN